Selangor sasar emas bola sepak lelaki, futsal wanita, persiapan sejak tahun lalu

16 Ogos 2025, 4:30 AM
Selangor sasar emas bola sepak lelaki, futsal wanita, persiapan sejak tahun lalu
Selangor sasar emas bola sepak lelaki, futsal wanita, persiapan sejak tahun lalu
Selangor sasar emas bola sepak lelaki, futsal wanita, persiapan sejak tahun lalu

SHAH ALAM, 16 OGOS: Pasukan Selangor menyasarkan emas dalam acara bola sepak wanita serta futsal lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon berkata, latihan intensif sudah bermula sejak tahun lalu dengan komitmen dua tahun untuk memastikan atlet negeri menampilkan prestasi terbaik.

"Kami sebagai pasukan yang akan mempersiapkan kontinjen bola sepak lelaki, wanita dan futsal, kita di Selangor FC sudah mulakan perancangan dan persiapan, latihan fizikal, pengambilan atlet baru serta mengasah bakat sejak tahun lepas.

"Sukma 2024 menyaksikan Selangor menjuarai bola sepak wanita dan futsal lelaki. Tahun depan, pasukan negeri selaku tuan rumah berhasrat mengekalkan kejayaan tersebut serta memenangi bola sepak lelaki dan futsal wanita," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) Dr Johan Kamal Hamidon berucap ketika majlis Penajaan Rasmi Citadel Group Tech X Selangor FC di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam pada 24 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melihat keperluan menaik taraf dewan dan fasiliti bagi memastikan semua venue berada dalam keadaan terbaik menjelang SUKMA Selangor 2026.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA Shahrin Ahmad berkata, aspek keceriaan, kebersihan, kemudahan tandas Orang Kurang Upaya (OKU) serta penghawa dingin antara yang diberi perhatian khusus.

"Untuk kawasan MBSA, dewan Seksyen 19 antara dewan yang akan digunakan bagi acara bola tampar dan bola tampar pantai termasuk membuat penilaian di beberapa venue lain bagi sukan taekwondo, wushu dan bola sepak di gelanggang kawasan pentadbiran MBSA.

"Kita akan pastikan apa yang diminta ataupun dipohon oleh negeri dapat kita selaraskan dengan baik bagi memastikan kelancaran dan kejayaan SUKMA," katanya.

Helang Putih sekali lagi menjadi maskot sukan berprestij itu yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos depan. SUKMA Selangor juga memperkenalkan tema Rentak Kita, Aksi Kita.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619