Peguam: Permohonan gali kubur Syamsul Haris didengar di mahkamah Selasa ini

15 Ogos 2025, 8:41 AM
Peguam: Permohonan gali kubur Syamsul Haris didengar di mahkamah Selasa ini

SEMENYIH, 15 OGOS: Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar permohonan untuk menggali semula kubur Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin pada Selasa ini.

Peguam keluarga Allahyarham, Datuk Naran Singh berkata permohonan tersebut termasuk proses bedah siasat kedua dan prosiding inkues bagi menyiasat kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai itu.

“Ahli keluarga tidak berpuas hati dengan laporan awal yang menyatakan tiada unsur jenayah walaupun terdapat kecederaan fizikal pada tubuh mangsa.

“Selain menimbulkan syak wasangka, ibu mangsa juga tidak dibenarkan untuk melihat dan memandikan jenazah anaknya,” jelas beliau.

Beliau ditemui pemberita di kediaman keluarga mangsa di sini hari ini. Terdahulu Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham.

Mengulas lanjut, Naran berkata antara permohonannya, proses bedah siasat kedua perlu dilakukan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disaksikan bekas patologi forensik, Datuk Dr Bhupinder Singh dan dirinya sebagai peguam keluarga bagi menjamin ketelusan siasatan.

Selain itu, permohonan tersebut turut meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar melantik pasukan baharu dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mengambil alih tugas siasatan daripada pegawai siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619