Prasarana sedia khidmat pengangkutan awam dari rumah ke stesen LRT3

14 Ogos 2025, 11:00 AM
Prasarana sedia khidmat pengangkutan awam dari rumah ke stesen LRT3
Prasarana sedia khidmat pengangkutan awam dari rumah ke stesen LRT3

SHAH ALAM, 14 OGOS: Kementerian Pengangkutan menyediakan khidmat pengangkutan awam batuan awal dan batuan akhir (first mile and last mile connectivity - FMLM) bagi menghubungkan kawasan kediaman dengan setiap stesen apabila ia beroperasi kelak.

Kementerian itu berkata, langkah tersebut bertujuan memudahkan penduduk mendapatkan akses terus ke stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sekali gus menggalak penggunaan pengangkutan awam secara menyeluruh.

"Mod pengangkutan awam yang akan disediakan meliputi perkhidmatan pintu ke pintu menerusi teksi dan e-hailing, perkhidmatan van Rapid on Demand (ROD) oleh Prasarana Malaysia Berhad.

"Serta penyediaan 150 bas pada masa hadapan berdasarkan skop yang dikembalikan semula," jelas kementerian itu menerusi jawapan bertulis.

Azli Yusof (HARAPAN-Shah Alam) meminta penjelasan terperinci daripada kementerian mengenai perkhidmatan pengangkutan awam batuan terakhir.

Tambah kenyataan itu, perkhidmatan berkenaan diharap dapat mendorong lebih ramai penduduk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan LRT3 yang dijadual mula beroperasi pada 30 September.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619