Pemandu lori didakwa cuba bunuh polis guna pacuan empat roda

14 Ogos 2025, 9:24 AM
Pemandu lori didakwa cuba bunuh polis guna pacuan empat roda

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis dengan melanggarnya menggunakan kenderaan pacuan empat roda sehingga mengalami kecederaan.

Muhammad Farhan Baharudin, 34, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Koperal Mohamad Sallehin Ab Rahman, 35, sehingga mangsa mengalami abrasion wound over right knee dan right elbow bruising over right lower chest wall, yang perbuatan itu boleh menyebabkan kematian terhadap mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di simpang keluar Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (Akleh) ke Jalan Tun Razak, pada 9.05 pagi, 8 Ogos mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda atau penjara maksimum 20 tahun jika kecederaan dilakukan, sekiranya sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Faizah Khalilah Zaberi memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Peguam Mohd Fikah Sanusi yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah kerana anak guamnya hanya berpendapatan RM2,000 sebulan dan perlu menanggung isteri, seorang anak berumur enam tahun serta ayahnya yang sakit.

Hakim Izralizam Sanusi yang menetapkan sebutan kes pada 6 Okt ini membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619