Polis siasat kes peserta perhimpunan rempuh polis di Jalan Parlimen

13 Ogos 2025, 2:37 PM
Polis siasat kes peserta perhimpunan rempuh polis di Jalan Parlimen

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian provokasi dan rempuhan terhadap pihak polis oleh peserta perhimpunan dan penyerahanan memorandum di Jalan Parlimen di sini, hari ini, seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya mengesan video tular terbabit di aplikasi TikTok hari ini memaparkan peserta perhimpunan membuat provokasi dan merempuh anggota polis yang sedang bertugas mengawal keselamatan.

Menurutnya satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

“Akibat daripada rempuhan yang berlaku, seorang pegawai polis telah mengalami kecederaan dan telah mendapatkan rawatan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 353/427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata pihaknya menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pandangan serta berhimpun secara aman dan tertib, selaras dengan nilai-nilai demokrasi yang diamalkan di negara ini dan komited untuk memainkan peranan sebagai pemudah program seperti itu.

“Peruntukan ini adalah di bawah Perlembagaan Persekutuan dan seharusnya digunakan secara baik dan berhemah...tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan yang mencetuskan kekacauan atau provokasi melampau,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619