Siwanis: Kompaun hingga RM500 jika salah guna parkir wanita

12 Ogos 2025, 8:33 AM
Siwanis: Kompaun hingga RM500 jika salah guna parkir wanita
Siwanis: Kompaun hingga RM500 jika salah guna parkir wanita
Siwanis: Kompaun hingga RM500 jika salah guna parkir wanita

SHAH ALAM, 12 OGOS: Kompaun maksimum RM200 sehingga RM500 perlu dikenakan terhadap pemandu lelaki yang meletakkan kenderaan di petak khas wanita, melalui sistem automatik.

Ahli Perwakilan Sidang Wanita Selangor (Siwanis) 2025, Too Chun Yoke berkata cadangan itu bertujuan memberi mesej tegas terhadap penyalahgunaan petak parkir yang disedia khusus bagi melindungi pemandu wanita bersendirian.

"Selain itu kenderaan dikeluarkan (kunci tayar/ tunda) jika ada pelanggaran berulang dalam tempoh satu jam, pemberitahuan visual (e-saman tanda merah pada aplikasi e-parkir) untuk memberi makluman kepada orang awam.

"Setiap petak wanita juga perlu diawasi semasa waktu puncak dan audit senyap selain pengumpulan maklum balas daripada pengguna tempat letak kereta wanita," katanya yang memegang peranan EXCO kerajaan tempatan.

Chun Yoke menjawab soalan tambahan ahli perwakilan yang memegang peranan Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan, Adlina Abdul Alim pada program berkenaan di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Soalan beliau berkaitan langkah proaktif Kerajaan Negeri bagi memastikan ‘Single Women Drivers’ ditambah baik dan hak tidak diambil pemandu kenderaan lain selepas penswastaan tempat letak kenderaan dilaksanakan nanti.

Siwanis edisi ketiga ini menghimpunkan 56 perwakilan wanita dari seluruh Selangor serta wakil jemputan luar negeri, menjadikan ia platform kepimpinan wanita yang bersifat inklusif dan berimpak tinggi.

Menggunakan format simulasi Sidang Dewan Negeri, program bertujuan mencungkil bakat kepimpinan wanita, memperkukuh pengetahuan dasar dan melatih mereka sebagai pemimpin di peringkat negeri dan negara.

Tambah Chun Yoke, bagi memperkukuh aspek pemantauan, pemasangan 1,800 kamera litar tertutup (CCTV) dengan teknologi pengecaman nombor pendaftaran dan kecerdasan buatan (AI) turut disarankan bagi mengesan pelanggaran secara masa nyata, seterusnya mengeluarkan saman atau notis penundaan automatik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619