55 peratus fasiliti kesihatan swasta patuh paparan harga ubat

12 Ogos 2025, 6:38 AM
55 peratus fasiliti kesihatan swasta patuh paparan harga ubat
55 peratus fasiliti kesihatan swasta patuh paparan harga ubat
55 peratus fasiliti kesihatan swasta patuh paparan harga ubat

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Sebanyak 55 peratus daripada 1,639 fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara mematuhi pelaksanaan inisiatif pemaparan harga ubat di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025 yang berkuat kuasa 1 Mei lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata pemantauan dilakukan kementerian itu mendapati pematuhan sebanyak 55 peratus atau bersamaan 900 premis swasta berkenaan berada di tahap memuaskan.

“… manakala 45 peratus lagi bersamaan 739 fasiliti masih belum mencapai tahap pematuhan yang dikehendaki, termasuk paparan harga tidak lengkap atau paparan harga yang tidak mudah diakses oleh pesakit.

“Dapatan ini menunjukkan masih terdapat keperluan bagi tindakan susulan seperti pengukuhan pemantauan, sesi bimbingan lanjut dan pelaksanaan penguatkuasaan secara berperingkat terhadap premis yang gagal mematuhi keperluan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Lukanisman menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai status pelaksanaan pemaparan harga ubat berkenaan di kemudahan jagaan kesihatan swasta dan farmasi komuniti serta keberkesanannya dalam mengawal caj perkhidmatan jagaan kesihatan.

Beliau berkata kementerian juga akan melakukan kajian terhadap impak pelaksanaan inisiatif pemaparan harga ubat itu bermula September ini.

“Dapatan kajian ini akan menjadi akses penting bagi merangka cadangan penambahbaikan dasar yang lebih komprehensif dan mampan khususnya dalam aspek penetapan dan ketelusan harga ubat-ubatan di fasiliti kesihatan swasta.

“Ini penting ke arah mewujudkan sistem perkhidmatan perubatan dan farmasi swasta yang lebih telus, adil dan berpaksikan pengguna,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Ahmad Yunus mengenai isu caj konsultasi yang menurutnya sudah lebih 30 tahun tidak disemak, Lukanisman berkata kementerian kini sedang mengadakan sesi libat urus yang sangat komprehensif bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619