ad

AS tangguh tarif ke atas China 90 hari, kekal kadar timbal balik 10 peratus

12 Ogos 2025, 1:51 AM
AS tangguh tarif ke atas China 90 hari, kekal kadar timbal balik 10 peratus

WASHINGTON, 12 OGOS: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin mengumumkan bahawa beliau menandatangani perintah eksekutif untuk melanjutkan penangguhan tarif ke atas China selama 90 hari lagi.

“Semua elemen lain dalam Perjanjian akan kekal sama. Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini!” kata Trump di platform media sosial Truth Social.

Menurut perintah itu, AS akan mengekalkan penggantungan tarif lebih tinggi terhadap import dari China sehingga 10 November.

Bagaimanapun, tarif timbal balik sebanyak 10 peratus kekal berkuat kuasa sepanjang tempoh itu.

- BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.