ad

Khidmat ambulans percuma Selangor dilancar akhir tahun ini

12 Ogos 2025, 1:00 AM
Khidmat ambulans percuma Selangor dilancar akhir tahun ini
Khidmat ambulans percuma Selangor dilancar akhir tahun ini

SHAH ALAM, 12 OGOS: Perkhidmatan ambulans percuma Kerajaan Negeri menerusi program Ambulans Kita Selangor bakal dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

EXCO Kesihatan berkata inisiatif baharu itu sedang dibincangkan dengan pihak berkaitan bagi memastikan peranannya tidak bertindih dengan khidmat ambulans sedia ada.

“Kita sedang berbincang apakah jenis kes yang akan diterima, keberangkaliannya adalah kes yang tidak bersifat kecemasan seperti pesakit terlantar dan sebagainya.

“Kita sedang perhalusi terma dan syarat supaya kita dapat sasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” kata Jamaliah Jamaluddin kepada Media Selangor.

Terdahulu, beliau meluangkan masa meninjau seluruh fasiliti sambil beramah mesra dengan kakitangan Hospital Pakar Selgate Rawang di sini, semalam.

Julai lalu, Jamaliah mengumumkan program Ambulans Kita Selangor yang bakal menyedia perkhidmatan ambulans bukan kecemasan secara percuma kepada golongan memerlukan.

Beliau dilapor berkata, St John Ambulans Malaysia Negeri Selangor akan bertindak sebagai rakan strategik penting dalam pelaksanaan inisiatif tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.