Kes kematian kadet Palapes: UTM beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa

11 Ogos 2025, 1:22 PM
Kes kematian kadet Palapes: UTM beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa

JOHOR BAHRU, 11 OGOS: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengulangi komitmen untuk memberikan kerjasama penuh berhubung siasatan kes kematian seorang pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) universiti itu.

Pusat Komunikasi Korporat UTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerjasama itu diberikan kepada keluarga mangsa dan pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dijalankan secara berhemah, telus dan adil.

Menurut kenyataan itu, Yayasan Perkasa Siswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menyalurkan sumbangan selain ucapan takziah oleh Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Pihak pengurusan tertinggi UTM turut mengiringi Menteri Pendidikan Tinggi menziarahi keluarga Allahyarham Syamsul Haris pada 1 petang tadi,” menurut kenyataan itu.

Syamsul Haris Shamsudin, 22, dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan PALAPES UTM di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor, pada 28 Julai lepas.

Penuntut Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sekuriti Siber UTM itu menyertai latihan PALAPES UTM bermula 26 Julai lepas dan sepatutnya dijadualkan berakhir 3 Ogos.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619