EXCO: Keseimbangan elemen pembelajaran, sukan lahir pelajar cemerlang

11 Ogos 2025, 12:51 PM
EXCO: Keseimbangan elemen pembelajaran, sukan lahir pelajar cemerlang

SHAH ALAM, 11 OGOS: Sistem pendidikan Selangor yang menggabungkan semua elemen antaranya sukan dengan pembelajaran mampu menghasilkan pelajar cemerlang.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata keseimbangan yang dilakukan secara konsisten itu akan mampu melahirkan tenaga kerja profesional dalam pelbagai bidang seterusnya memberi kesan positif kepada pembangunan.

“Kita sedar sistem pendidikan di negeri ini  sangat baik dengan menggabungkan semua elemen diperlukan untuk menghasilkan pelajar yang baik.

“Ini akan melahirkan ramai pelajar yang berdaya saing yang akan membawa dan mengangkat produktiviti negara di masa hadapan,”katanya merasmikan Kejohanan Golf ASHURA 2025.

Berlangsung di Kelab Golf Amverton Cover, Kuala Langat, kejohan kali kedua itu menarik penyertaan 66 pemain terdiri dari kalangan bekas pelajar selain sektor korporat.

Sementara itu Najwan berkata beliau gembira melihat pertandingan yang berjaya mengumpul bekas pelajar sekaligus memelihara ukhwah dan silaturrahim.

“Program seperti ini juga akan memperkasa kehidupan aktif,” katanya.


Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619