Anggota imigresen mengaku salah rompak warga Pakistan

11 Ogos 2025, 12:02 PM
Anggota imigresen mengaku salah rompak warga Pakistan

KUALA PILAH, 11 OGOS: Seorang anggota imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan merompak seorang warga Pakistan di Rembau pada 11 Julai lepas.

Mohd Nazrul Md Yassin, 38, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca ke atasnya.

Dia didakwa merompak telefon bimbit, pasport, wang tunai RM440 dan baki Touch 'n Go (TnG) eWallet berjumlah RM210 pada 6.10 petang di Kampung Miku Pindah, Rembau.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Yusna Khadijah Md Yusop tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619