Empat maut termasuk dua kanak-kanak, seorang parah nahas kereta, treler

11 Ogos 2025, 3:00 AM
Empat maut termasuk dua kanak-kanak, seorang parah nahas kereta, treler

KOTA BHARU, 11 OGOS: Empat maut termasuk dua kanak-kanak, manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Utama, Felda Chiku 1 di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.07 pagi sebelum menghantar anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada 9.34 pagi, didapati sebuah kereta Honda bertembung dengan lori treler menyebabkan lima mangsa dalam kereta tersepit.

“Pemandu lori selamat manakala seorang wanita dewasa yang memandu kereta berada dalam keadaan nazak dan empat lagi penumpang termasuk dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan manakala mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nik Mohd Fakri Md Nawi dengan kekuatan 10 anggota itu menggunakan jentera FRT, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan FRV Triton, sebelum operasi tamat sepenuhnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata semua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619