Enam cedera, bas bawa 29 pekerja kilang terbabas di selekoh berbukit

11 Ogos 2025, 1:53 AM
Enam cedera, bas bawa 29 pekerja kilang terbabas di selekoh berbukit
Enam cedera, bas bawa 29 pekerja kilang terbabas di selekoh berbukit
Enam cedera, bas bawa 29 pekerja kilang terbabas di selekoh berbukit

GEORGE TOWN, 11 OGOS: Seramai 29 pekerja kilang mengalami detik cemas dan enam daripadanya cedera selepas bas kilang yang mereka naiki terbabas di selekoh berbukit di Jalan Paya Terubong, Air Itam di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.24 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong yang ke lokasi mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas kilang membawa pekerja kilang terbabas di selekoh jalan raya berbukit.

"Terdapat 30 penumpang termasuk pemandu di dalam bas itu dan enam pekerja cedera ringan, manakala yang lain selamat, pihak bomba sedang menjalankan kerja penyelamatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi penyelamatan menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan mereka yang cedera diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619