Muhammad Azeem raih emas 100m Terbuka India

10 Ogos 2025, 1:25 PM
Muhammad Azeem raih emas 100m Terbuka India

KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Danish Iftikhar Muhammad Roslee menghadiahkan pingat buat negara di Kejohanan Terbuka India, apabila masing-masing meraih podium acara pecut 100 meter (m) di Bhubaneswar, hari ini.

Pada aksi berlangsung di Stadium Kalinga, Muhammad Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) menjadi individu pertama tiba di garisan penamat dengan catatan 10.35s.

Manakala Danish yang juga beraksi di final bersama-sama Muhammad Azeem, merekodkan 10.50s untuk berada di kedudukan ketiga.

Tempat kedua acara itu dimenangi atlet Sri Lanka, Chamod Yodhasinghe (10.43s).

Terdahulu, kedua-dua pelumba mara ke final selepas Muhammad Azeem menamatkan saringan kedua di tempat pertama, manakala Danish meraih tempat ketiga.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619