PM Anwar rasmi Ijtima' Madani Ulama, tinjau penanaman padi di PMR Kelantan

9 Ogos 2025, 5:09 AM
PM Anwar rasmi Ijtima' Madani Ulama, tinjau penanaman padi di PMR Kelantan
PM Anwar rasmi Ijtima' Madani Ulama, tinjau penanaman padi di PMR Kelantan

KOTA BHARU, 9 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Ijtima’ Madani Ulama dan Guru Pondok Kelantan, selain menghadiri beberapa lagi program pada hari terakhir Program Madani Rakyat (PMR) Kelantan 2025, di sini.

Ijtima’ atau perhimpunan berkenaan merupakan platform utama dalam usaha memperkukuh peranan ulama dan guru pondok dalam memartabatkan pendidikan agama serta budaya pondok di negeri ini, dijadual bermula 9.15 pagi tadi di Dewan Profesional, Kampus Universiti Teknologi MARA, Machang.

Pada 11.20 pagi, Perdana Menteri dijangka meninjau pelaksanaan projek penanaman padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Desa Gemalai Baruh Alami, Kota Bharu, yang merupakan destinasi agroekopelancongan menonjol dengan sawah padi organik bebas racun serta baja kimia.

Anwar kemudian akan melancarkan Gelombang Madani Negeri Kelantan di Dewan Utama Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, sebelum mengakhiri program beliau di Kelantan dengan merasmikan Penutupan PMR 2025 Kelantan pada 2.15 petang di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

PMR 2025 Kelantan yang berlangsung selama tiga hari sehingga hari ini, diterajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) serta disokong oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan lain.

Program berkenaan menawarkan lebih 100 perkhidmatan terus kepada rakyat, pameran teknologi terkini serta pelbagai inisiatif mendekati masyarakat melalui pendekatan menyeluruh Kerajaan Madani.

Bertemakan ‘Sains, Teknologi dan Inovasi untuk Kesejahteraan Rakyat’, PMR 2025 Kelantan mengetengahkan konsep karnival serta penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh yang memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619