ad

Risiko HIV tiga kali ganda, Herpes serang mulut, alat kelamin

10 Ogos 2025, 2:00 AM
Risiko HIV tiga kali ganda, Herpes serang mulut, alat kelamin

Kebelakangan ini kecoh di media sosial apabila jangkitan herpes hangat diperkatakan warganet. Isu itu timbul selepas seorang usahawan makanan berkongsi video dia sedang mendapatkan rawatan akibat penyakit tersebut.

Dalam video hampir lima minit yang tular, wanita itu bertanya kepada doktor mengenai masalah bintik-bintik kecil dan kebas pada bahagian bibirnya.

Dengan nada bergurau, dia mengaitkan punca jangkitan tersebut dengan kebersihan alat sulit suaminya. Kata-kata itu lantas mencetuskan kebimbangan pelanggan berhubung tahap kebersihan di premis jualannya.

Namun usah panik! Hakikatnya, jangkitan virus itu biasa berlaku, namun disalah anggap sebagai masalah kecil.

Penyakit tersebut berpunca daripada virus herpes simpleks (HSV). Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu HSV-1 (herpes mulut) dan HSV-2 (herpes alat kelamin).

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dianggarkan 3.7 bilion individu berusia bawah 50 tahun menghidap HSV-1 manakala lebih 490 juta berumur 15–49 tahun di seluruh dunia dijangkiti HSV-2.

Wartawan Nadiah Zamlus merungkai tanggapan, punca dan kaedah rawatan penyakit berkenaan dengan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat.

Dr Halimatus Sakdiah

Sejarah

namanya diambil daripada bahasa Greek. Diterjemahkan menjadi perkataan herpete bermaksud menjalar

Kategori

Herpes mulut (HSV-1)

  • berlaku luka sekitar mulut, gigi dan gusi

  • jangkiti individu bawah 50 tahun

  • 64 peratus babitkan penduduk dunia

Herpes genital (HSV-2)

  • berlaku di kawasan alat kelamin

  • jangkiti golongan usia 15-49 tahun

  • berisiko dijangkiti HIV tiga kali ganda

Cara jangkitan

  • ciuman dan sentuhan kulit ke kulit

  • seks oral

  • perkongsian barangan seperti gincu, tuala atau sudu

  • kadangkala dijangkiti sejak kecil tanpa sedar

    Tidak boleh berjangkit, jika:

  • sentuhan biasa seperti berjabat tangan

  • guna tandas sama

  • sentuh objek awam seperti pintu, kerusi

Rawatan

  • virus ini kekal dalam badan dan tiada penawar

  • ubat antivirus kurangkan gejala dan risiko jangkitan

  • paracetamol, ibuprofen atau ubat sapu seperti lidocaine bantu kurangkan sakit

Pencegahan

  • elakkan hubungan kelamin semasa ada gejala

  • guna kondom secara konsisten (walaupun tidak sepenuhnya mencegah)

  • berkhatan boleh lindungi daripada jangkitan HSV-2

  • wanita hamil ada gejala herpes perlu maklum kepada doktor

    Elak kongsi alat solek bibir bagi mencegah jangkitan herpes

Guna barangan sendiri, elak kongsi:

  • tuala

  • berus gigi

  • alat solek bibir

  • cawan atau straw

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.