Harga emas dijangka naik 10 peratus menjelang September

8 Ogos 2025, 7:25 AM
Harga emas dijangka naik 10 peratus menjelang September

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Harga emas diunjurkan terus naik sebanyak 10 peratus lagi pada September, daripada paras semasa didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Datuk Seri Louis Ng yakin bahawa logam berharga itu berpotensi untuk terus meningkat berikutan jangkaan perbezaan kadar faedah yang semakin mengecil antara dolar AS dan Ringgit Malaysia akan merangsang permintaan.

“Ketika ini, harga emas berada pada sekitar US$3,370 seauns, meningkat sebanyak 28 peratus daripada US$2,630 pada awal tahun, sebahagian besarnya disebabkan oleh ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan pasaran.

“Jika dilihat pada corak harga, ia bergerak secara mendatar dalam tempoh tiga bulan lepas, dan saya menjangkakan akan berlaku satu lonjakan harga selepas Fed mengumumkan pemotongan kadar faedahnya, yang dijangka berlaku sekitar September,” katanya kepada Bernama dalam program “The Nation” terbitan Bernama TV semalam.

Ng yang juga Pengerusi Eksekutif Public Gold Marketing Sdn Bhd ketika ditanya sama ada perang Rusia-Ukraine, konflik antara AS dan Israel terhadap Iran serta perang perdagangan AS-China memberi kesan terhadap permintaan emas sebagai aset pelaburan selamat, Ng berkata momentum daripada konflik tersebut kini “sudah mula mereda.”

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa satu-satunya faktor utama yang dijangka menyumbang kepada lonjakan harga emas adalah pemotongan kadar faedah oleh Fed.

“Berdasarkan jangkaan itu, harga selepas September boleh meningkat lagi sekitar 10 peratus, iaitu kira-kira US$300 hingga US$400 seauns daripada harga semasa. Kemungkinan untuk ia meningkat sangat tinggi,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619