Imam Masjid Nabawi sampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Negara esok

7 Ogos 2025, 9:16 AM
Imam Masjid Nabawi sampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Negara esok

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Orang ramai dijemput untuk menghadiri Khutbah Jumaat Khas yang akan disampaikan Imam Masjid Al-Nabawi, Madinah, Sheikh Dr Salah Muhammad Al-Budair di Masjid Negara, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan khutbah itu akan bermula pada 1.22 tengah hari.

“Alhamdulillah. Satu penghormatan besar buat Malaysia.

“Marilah kita bersama-sama hadir dan mengambil manfaat daripada khutbah yang bakal disampaikan oleh tokoh ulama besar dari Tanah Haram ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619