MBPJ bakal umum 13 garis panduan baharu pelesenan bulan depan

6 Ogos 2025, 8:55 AM
MBPJ bakal umum 13 garis panduan baharu pelesenan bulan depan
MBPJ bakal umum 13 garis panduan baharu pelesenan bulan depan

PETALING JAYA, 6 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dijangka mengumumkan 13 garis panduan baharu berkaitan pelesenan premis perniagaan bulan depan, termasuk cadangan melanjutkan operasi pusat hiburan sehingga jam 3 pagi.

Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon berkata ketetapan itu hasil sesi libat urus bersama ahli majlis, ketua jabatan serta pemain industri termasuk pengusaha hotel dan premis hiburan.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon ketika sidang media selepas majlis peluncuran Placemaker Week Asean 2025 (PWA 2025) di Ibu Pejabat MBPJ pada 6 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Memang ada perbincangan untuk lanjutkan operasi pusat hiburan hingga 3 pagi, tetapi ia belum dimuktamadkan kerana masih menunggu kelulusan mesyuarat tertinggi MBPJ,” katanya pada sidang media pelancaran Placemaker Week ASEAN (PWA) 2025 di sini, hari ini.

Beliau berkata garis panduan berkenaan turut melibatkan pelesenan premis lain seperti kedai haiwan peliharaan dan operasi krematorium di bandar raya ini.

“Ada 13 garis panduan pelesenan baharu sedang dibincangkan. Kita akan buat pengumuman rasmi dalam satu sidang media khas selepas semua cadangan ini diluluskan,” katanya lagi.

Ketika ini, pusat hiburan di Petaling Jaya hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 pagi.

November tahun lalu, media melaporkan MBPJ sedang meneliti permintaan industri pelancongan untuk melanjutkan waktu operasi pusat hiburan, susulan sesi bengkel pelancongan yang diadakan bersama pihak berkepentingan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619