Harga ayam kekal stabil selepas subsidi dihenti, kata KPDN

6 Ogos 2025, 3:42 AM
Harga ayam kekal stabil selepas subsidi dihenti, kata KPDN

KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Harga pasaran ayam dilaporkan stabil sejak penamatan subsidi yang berkuat kuasa pada 1 Nov 2023, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata sebelum penamatan subsidi, pasaran ayam berdepan masalah kawalan harga meskipun kerajaan telah menetapkan harga kawalan dan bersubsidi.

“Antara strategi yang kita lakukan adalah pembanterasan terhadap kartel makanan ayam kerana 70 peratus kos pengeluaran ayam adalah makanan ayam. Jadi, kita kawal kos pengeluar ayam.

“Pada 1 Nov 2023, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) mula ambil data harga ayam setiap hari untuk pastikan benar-benar berkesan. Tiada subsidi, tapi kita kawal sepanjang rantaian dan periksa harga ayam… sehingga hari ini, harga ayam stabil dan ada yang lebih rendah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) berhubung mekanisme pelaporan dan pemantauan oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi memastikan langkah intervensi kos sara hidup memberi impak kepada pengguna serta indikator pencapaian keberkesanannya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619