SHAH ALAM, 6 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor hingga 10 pagi.
Agensi itu di Facebook memaklumkan amaran sama turut melibatkan seluruh Pulau Pinang, Melaka, Labuan selain beberapa tempat di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.
