Bau busuk bongkar kematian warga emas, mayat ditemui di ruang tamu

5 Ogos 2025, 2:10 PM
Bau busuk bongkar kematian warga emas, mayat ditemui di ruang tamu

KOTA BHARU, 5 OGOS: Mayat wanita warga emas ditemukan dalam keadaan hampir reput di kediamannya di Flat Sri Guchil, Kuala Krai dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohd Khairul Duha Abdul Halim berkata jasad mangsa berusia 69 tahun dan tinggal bersendirian, ditemukan pada 2.08 petang di ruang tamu selepas pihaknya membuka pintu yang terkunci.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.04 petang daripada polis yang meminta bantuan pasukan bomba untuk membuka pintu kediaman itu susulan aduan bau busuk.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati pintu rumah berkenaan terkunci dan terdapat bau yang tidak menyenangkan.

"Setelah pintu berjaya dibuka, pasukan kami menemukan seorang wanita warga emas yang sudah meninggal dunia di ruang tamu dalam keadaan hampir reput,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Khairul Duha berkata operasi itu melibatkan enam anggota bomba dan tamat sepenuhnya pada 2.18 petang.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619