Kerajaan kaji pembayaran pencen bulanan melalui KWSP

5 Ogos 2025, 10:36 AM
Kerajaan kaji pembayaran pencen bulanan melalui KWSP
Kerajaan kaji pembayaran pencen bulanan melalui KWSP
Kerajaan kaji pembayaran pencen bulanan melalui KWSP

KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Kerajaan masih belum bersedia melaksanakan Perintah Kekayaan Tidak Dapat Dijelaskan (UWO) meskipun menerima cadangan untuk diperkenalkan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kerajaan bagaimanapun akan mengkaji isu berkaitan terlebih dahulu sebelum sebarang pelaksanaan dibuat.

“Kita akan mengkaji idea yang bernas sebelum pelaksanaan dan saya terima cadangan untuk melihatnya, dan kita akan mengkaji terlebih dahulu dan memahami isu-isu (berkaitan) kerana kita tidak mahu kesan yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Percukaian Kebangsaan 2025 di sini hari ini.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dilaporkan berkata Malaysia memerlukan UWO agar semua golongan elit bertanggungjawab dengan sumber kekayaan mereka.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Foto BERNAMA

Sementara itu, Amir Hamzah berkata kerajaan juga akan meneliti usaha untuk memperkenalkan pembayaran pencen secara bulanan sebagai sebahagian daripada inisiatif penambahbaikan sistem saraan negara.

Beliau berkata kajian menyeluruh perlu dilaksanakan supaya kaedah pelaksanaan yang lebih praktikal dapat diperhalusi.

“Masalah yang kita lihat sekarang adalah apabila seseorang mendapat akses penuh, ramai yang cepat menghabiskan wang itu. Jadi, apabila mereka sampai ke usia tua, mereka tidak mempunyai simpanan mencukupi.

“Saya percaya dalam kajian itu, kita akan melihat pelbagai kaedah pelaksanaan yang lebih praktikal. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, inisiatif ini adalah untuk mereka yang baru menyertai Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bukan untuk mereka yang sudah berada dalam sistem,” katanya.

Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi pada 31 Julai lalu, kerajaan akan meneroka mekanisme baharu untuk menjamin pendapatan berterusan selepas bersara melalui pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen utama iaitu simpanan persaraan dan pencen bulanan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619