MPAJ: Pertandingan kitar semula peringkat sekolah sedia hadiah lebih RM24,000

5 Ogos 2025, 8:00 AM
MPAJ: Pertandingan kitar semula peringkat sekolah sedia hadiah lebih RM24,000
MPAJ: Pertandingan kitar semula peringkat sekolah sedia hadiah lebih RM24,000
MPAJ: Pertandingan kitar semula peringkat sekolah sedia hadiah lebih RM24,000

AMPANG JAYA, 5 OGOS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan Pertandingan Kitar Semula peringkat sekolah bagi menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar.

Menurut MPAJ, pertandingan dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan melebihi RM24,000.

"Tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori barangan kitar semula, sisa elektronik (ewaste) dan minyak masak terpakai. Kutipan akan dilaksanakan oleh pihak MPAJ secara mingguan.

"Ganjaran wang tunai dengan jumlah yang bersesuaian dengan berat barangan kitar semula, e-waste dan minyak masak terpakai yang diserahkan kepada MPAJ akan diberikan semasa kutipan dijalankan," katanya menerusi kenyataan.

Setiap bahan kitar semula yang dikumpul akan diberikan ganjaran tunai berdasarkan kadar seperti berikut:

  • plastik 40 sen sekilogram

  • kotak 30 sen sekilogram

  • aluminium RM3 sekilogram

  • kertas putih atau berwarna 20 sen sekilogram

  • besi 50 sen sekilogram

Bagi minyak masak terpakai, ganjaran yang ditawarkan ialah RM2 sekilogram, manakala sisa elektronik (e-waste) pula dibayar pada kadar 50 sen sekilogram.

Pertandingan berlangsung sehingga 30 Oktober. Hadiah wang tunai RM1,500, RM1,200 dan RM1,000 ditawarkan kepada johan, naib johan dan tempat ketiga bagi setiap kategori.

Turut disediakan anugerah khas Ikon Alam Sekitar Murid dan Ikon Alam Sekitar Guru.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan MPAJ di talian 03-4285 7390 atau layari www.mpaj.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619