ad

JPJ: Waspada iklan 'lesen kopi O' guna gambar menteri

5 Ogos 2025, 6:25 AM
JPJ: Waspada iklan 'lesen kopi O' guna gambar menteri

PUTRAJAYA, 5 OGOS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan iklan palsu lesen memandu tanpa latihan dan ujian atau digelar “lesen kopi O” yang disebarkan melalui media sosial.

JPJ memaklumkan iklan menggunakan nama akaun Sekolah Memandu Jaya bertindak mempromosikan pemilikan lesen memandu tanpa ujian dengan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan Anthony Loke, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

"JPJ ingin menegaskan bahawa iklan dan akaun tersebut adalah palsu.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terperdaya akan penyebaran promosi menerusi iklan atau akaun yang tidak sah seperti ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kerugian," menurut JPJ dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai digalakan merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut atau pertanyaan dan sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ - https://jpj.spab.gov.my/.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.