Warga emas putih mata, RM100,000 lesap terpedaya forex tidak wujud

5 Ogos 2025, 4:51 AM
Warga emas putih mata, RM100,000 lesap terpedaya forex tidak wujud

KUALA TERENGGANU, 5 OGOS: Seorang lelaki warga emas kerugian RM100,000 selepas menjadi mangsa skim pelaburan mata wang asing atau forex tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 28 Mei lepas, mangsa yang berusia 77 tahun telah menyertai pelaburan itu setelah dipujuk kakak kepada kenalan wanitanya yang dikenali melalui Facebook.

Beliau berkata pada minggu pertama, mangsa telah membuat pembayaran modal sebanyak RM3,000 dan diberikan resit palsu sebagai bukti wang berkenaan telah dimasukkan ke akaun forex miliknya.

"Suspek turut menghantar satu tangkap layar WhatsApp yang menunjukkan jumlah keuntungan mangsa. Teruja dengan keuntungan yang besar, mangsa terus membuat tambahan modal pelaburan sebanyak RM69,000.

"Mangsa cuba membuat pengeluaran keuntungan, namun diarahkan supaya membuat bayaran sebanyak RM35,844 kerana keuntungan diperoleh didakwa mengandungi unsur pengubahan wang haram," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa menyedari ditipu setelah diminta membuat pembayaran lain bagi mengeluarkan wang keuntungan pelaburan itu lalu membuat laporan polis.

Kes katanya, disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619