Isu hutang negara, konflik serantau tumpuan persidangan Dewan Rakyat

5 Ogos 2025, 12:09 AM
Isu hutang negara, konflik serantau tumpuan persidangan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Peranan Malaysia dalam menjayakan rundingan perdamaian serta gencatan senjata konflik Thailand-Kemboja antara fokus persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Mesyuarat menerusi portal Parlimen, perkara berkenaan dibangkitkan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi yang sama, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) pula memohon penjelasan daripada Perdana Menteri sama ada Kerajaan MADANI menguruskan hutang negara dengan bertanggungjawab.

Sementara itu, pada sesi soal jawab pula, Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) bertanyakan Menteri Luar Negeri mengenai cadangan Joint Development dengan Indonesia di blok ND 6 dan ND 7 Ambalat.

Beliau juga ingin mengetahui sama ada kaedah yang sama digunakan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Bersama Malaysia Thailand (MTJDA) atau kaedah lain memandangkan hak-hak Sabah begitu juga Sarawak terpelihara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) pula meminta Perdana Menteri menyatakan hasil keputusan kerajaan selepas sesi libat urus holistik bersama pihak berkepentingan berhubung status penubuhan Ombudsman Malaysia, serta langkah-langkah seterusnya bagi mempercepat pelaksanaan penubuhannya.

Selain itu, Jimmy Puah Wee Tse (HARAPAN-Tebrau) pula bertanya kepada Menteri Pertahanan jika kementerian mempunyai perancangan untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam sistem pertahanan udara negara.

Persidangan Dewan Rakyat selepas itu akan disambung semula dengan sesi perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lepas.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 24 hari hingga 28 Ogos.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619