Empat pelajar pukul rakan sekelas dibebas dengan jaminan polis

2 Ogos 2025, 10:58 AM
Empat pelajar pukul rakan sekelas dibebas dengan jaminan polis

KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Empat pelajar lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pukul rakan sekelas di sebuah pusat beli-belah di Kajang, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata tempoh reman terhadap kesemua pelajar berusia 13 tahun itu tamat hari ini dan disambung hingga esok, namun mereka dibebaskan selepas selesai proses dokumentasi dan siasatan.

“Setakat ini kita telah mengambil keterangan daripada sembilan individu termasuk empat pelajar terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan rakan sekelas mangsa yang tidak puas hati dengan cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan mereka.

Semalam media melaporkan empat pelajar lelaki ditahan selepas mangsa yang juga pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di Kajang membuat laporan polis selepas dipukul rakan sekelas pada 11 pagi, 30 Julai lepas.

Susulan kejadian itu, mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital berhampiran dan disahkan mengalami kecederaan ringan di muka.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619