Peluang jimat belanja dapur, kunjungi jualan murah di 10 lokasi esok dan lusa

1 Ogos 2025, 11:00 AM
Peluang jimat belanja dapur, kunjungi jualan murah di 10 lokasi esok dan lusa
Peluang jimat belanja dapur, kunjungi jualan murah di 10 lokasi esok dan lusa
Peluang jimat belanja dapur, kunjungi jualan murah di 10 lokasi esok dan lusa

SHAH ALAM, 1 OGOS: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Selangor diteruskan di 10 lokasi hujung minggu ini.

Bermula dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari, jualan murah itu menawarkan ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur (RM8 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).

Jualan murah yang diteruskan jam 4 petang hingga 7 malam turut menawarkan tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).

Berikut lokasi JER Sabtu dan Ahad:

Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER. Pentadbiran negeri turut menyasarkan pembukaan 10 premis Ehsan Mart menjelang akhir tahun ini. Cawangan pasar raya tersebut telah beroperasi di Sungai Tua, Pandan Indah dan bakal dibuka di Hulu Kelang.

Pasar raya kendalian PKPS itu menawarkan barangan asas pada harga 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada pasaran. Ehsan Mart yang diwujudkan sebagai penambahbaikan program JER turut menyasarkan pembukaan di 56 kawasan DUN menjelang 2027.

Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Selain itu, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Orang ramai membeli barangan jualan ehsan rahmah ketika majlis Pembukaan Cawangan Ehsan Segi Fresh Batu Laut, di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 30 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619