Kesan awal penyakit, jom kunjungi saringan kesihatan percuma sepanjang Ogos

1 Ogos 2025, 12:10 AM
Kesan awal penyakit, jom kunjungi saringan kesihatan percuma sepanjang Ogos
Kesan awal penyakit, jom kunjungi saringan kesihatan percuma sepanjang Ogos

SHAH ALAM, 1 OGOS: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Selangor diteruskan di enam lokasi sepanjang Ogos ini.

Inisiatif Selangor Saring yang menyediakan ujian kesihatan antaranya jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, barah, mata, telinga dan gigi diadakan dari 9 pagi hingga 3 petang di lokasi berikut:

- 2 Ogos di Dewan Dato Ahmad Razali (DUN Bukit Antarabangsa)

- 3 Ogos di Dewan Komuniti Damansara Damai (DUN Bukit Lanjan)

- 6 dan 7 Ogos di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)

- 9 Ogos di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat (DUN Morib)

- 9 Ogos di Dewan Tulip MBSA Bukit Naga (DUN Sungai Kandis)

-16 Ogos di Dewan MBSA Seri Pagi Paya Jaras (DUN Paya Jaras)

-17 Ogos di Dewan Sungai Bakau (DUN Rawang)

-23 Ogos di  Pusat Khidmat Masyarakat DUN Teratai (DUN Teratai)

-24 Ogos di Atria Shopping Gallery (DUN Bandar Utama)

Orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

-memuat turun SELangkah

-tekan butang Selangor Saring

-isi borang soal selidik

-pilih lokasi dan tarikh program

Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022.

Program Selangor Saring antara usaha membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619