ad
AGENSI

Yayasan MBI sumbang RM78,000 bantu perkembangan atlet, perkasa sukan, pendidikan

31 Jul 2025, 10:00 AM
Yayasan MBI sumbang RM78,000 bantu perkembangan atlet, perkasa sukan, pendidikan
Yayasan MBI sumbang RM78,000 bantu perkembangan atlet, perkasa sukan, pendidikan
Yayasan MBI sumbang RM78,000 bantu perkembangan atlet, perkasa sukan, pendidikan
Yayasan MBI sumbang RM78,000 bantu perkembangan atlet, perkasa sukan, pendidikan
Yayasan MBI sumbang RM78,000 bantu perkembangan atlet, perkasa sukan, pendidikan

SHAH ALAM, 31 JULAI: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan sumbangan hampir RM80,000 kepada beberapa pihak serta individu bagi memperkasa pembangunan sukan dan pendidikan.

Ketuanya Ahmad Azri Zainal Nor berkata sumbangan yang pernah dilaksanakan beberapa siri sebelum ini membuktikan kemampuan ekonomi negeri sekali gus membantu pelbagai pihak untuk mencapai kejayaan.

“Keseluruhan hari ini kita serah sumbangan berjumlah RM78,000 meliputi atlet berpasukan, perseorangan, pendidikan dan kesihatan.

[caption id="attachment_713250" align="aligncenter" width="1125"] Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berucap ketika Program Serahan Sumbangan Yayasan MBI di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 31 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Mereka membuat permohonan selepas melibat beberapa atlet mendapat permohonan. Kita lihat mereka ada potensi dan boleh sumbang kejayaan, justeru kita bantu mereka,” katanya ketika Program Serahan Sumbangan Yayasan MBI di Bangunan Darul Ehsan, di sini hari ini.

Antara penerima sumbangan adalah pasukan e-sukan Monster Vicious, atlet tinju Aiman Hisyam Abu Bakar dan wakil negara ke pertandingan Robotik Antarabangsa, Aleia Ameena.

Beliau berkata hampir semua penerima sumbangan terbabit memiliki peluang besar menyebarkan bakat mereka sama ada di pertandingan peringkat tempatan atau luar negara.

“Saya yakin ini merupakan serampang dua mata. Kita bantu mereka dan elakkan terlibat gelaja sosial contohnya atlet sukan permotoran.

[caption id="attachment_713251" align="aligncenter" width="1329"] Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor (tengah) menyampaikan sumbangan kepada pasukan e-sukan Monster Vicious Ketika Program Serahan Sumbangan Yayasan MBI di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 31 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Malah Selangor juga ada trek lumba di Beranang (Hulu Langat) yang mana setiap minggu pelbagai aktiviti permotoran berjalan,” katanya.

Sementara itu Ahmad Azri berkata sejumlah RM600,000 sudah dibelanjakan setakat ini bagi pengupahaan program terbabit.

“Setip tahun kita peruntuk RM1 juta untuk pembangunan atlet serta peserta berkait pendidikan. Ini hasrat negeri bagi lahirkan lebih banyak kejayaan,” katanya.

[caption id="attachment_713252" align="aligncenter" width="1047"] Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima ketika Program Serahan Sumbangan Yayasan MBI di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 31 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_713254" align="aligncenter" width="1202"] Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor (tengah) beramah mesra bersama penerima ketika Program Serahan Sumbangan Yayasan MBI di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 31 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.