AGENDA

LRT3 capai kemajuan 99.21 peratus, tekad pastikan projek siap dengan efisien

30 Jul 2025, 6:31 AM
LRT3 capai kemajuan 99.21 peratus, tekad pastikan projek siap dengan efisien
LRT3 capai kemajuan 99.21 peratus, tekad pastikan projek siap dengan efisien
LRT3 capai kemajuan 99.21 peratus, tekad pastikan projek siap dengan efisien
LRT3 capai kemajuan 99.21 peratus, tekad pastikan projek siap dengan efisien

SHAH ALAM, 30 JUL: Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia kini hampir siap dengan kemajuan 99.21 peratus setakat 10 Julai lalu.

Menteri pengangkutan berkata kerajaan tekad memastikan projek bernilai RM21.93 bilion itu disiapkan dengan selamat, efisien dan mengikut jadual demi manfaat pengguna.

Menurut Anthony Loke, antara punca kelewatan pembinaan ialah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang Mac 2020 hingga Oktober 2021 yang menjejaskan jadual serta rantaian bekalan.

[caption id="attachment_671867" align="aligncenter" width="775"] Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. Foto BERNAMA[/caption]

“Keadaan diburukkan lagi oleh kekurangan tenaga kerja dan bahan binaan kritikal selepas pandemik,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di Dewan Rakyat.

Diluluskan pada 2015 dengan kos asal RM31.65 bilion, projek LRT3 distruktur semula pada 2018 kepada RM16.63 bilion sekali gus memberi penjimatan sebanyak RM15.02 bilion.

Namun, pada 2024, kerajaan memutuskan untuk mengembalikan sebahagian skop asal termasuk:

  • penambahan lima stesen
  • tujuh set tren tiga gerabak
  • perluasan depoh Johan Setia di Klang
  • pembelian 150 bas pengantara elektrik
  • pembinaan tiga depoh bas

Penambahan itu menyumbang RM5.3 bilion kepada kos keseluruhan projek.

[caption id="attachment_590896" align="aligncenter" width="757"] Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (lima, kiri) mengadakan lawatan ke tapak Projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) di Depoh Johan Setia, Klang pada 4 Julai 2023. Foto BERNAMA[/caption]

LRT3 dijangka memberi manfaat kepada hampir dua juta penduduk sepanjang laluan, khususnya di kawasan berpenduduk padat seperti Bandar Utama, Shah Alam dan Klang, dengan kapasiti maksimum 18,630 penumpang sejam bagi setiap arah.

Laluan baharu ini juga mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar stesen.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619