AGENDA

Shazeli dilantik ketua polis Selangor baharu

30 Jul 2025, 3:37 AM
Shazeli dilantik ketua polis Selangor baharu

SHAH ALAM, 30 JULAI: Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur Datuk Shazeli Kahar dilantik sebagai ketua polis Selangor yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Shazeli mengambil alih tugas Datuk Hussein Omar Khan yang dilantik sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak 21 Julai lepas.

Jawatan itu sebelum ini dipangku timbalan ketua polis Selangor Mohd Zaini Abu Hassan.

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Shazeli diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (Jlog) Bukit Aman CP Gilberd Philip Layang.

Shazeli dalam ucapannya berkata pelantikan itu satu amanah besar yang dipertanggungjawabkan terhadap dirinya selain menzahirkan komitmen untuk meneruskan kecemerlangan pentadbiran kontinjen serta memastikan keamanan dan ketenteraman di Selangor kekal terjamin.

"Sebagai ketua polis Selangor yang baharu saya menyedari harapan masyarakat dan warga PDRM terhadap kepimpinan yang berintegriti dan berwibawa seta dekat di hati.

"Justeru, saya bertekad meneruskan legasi kecemerlangan yang telah dibina serta memacu perubahan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan Selangor kekal terpelihara," katanya.

Shazeli, 50, yang telah berkhidmat hampir 25 tahun memulakan kerjayanya sebagai pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Perak sebelum dilantik ke pelbagai jawatan strategik di Bukit Aman.

Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan dalam Cawangan Khas termasuk melibatkan ekstremis sosial dan pelampau agama sebelum diberi tanggungjawab mengetuai Cawangan Khas di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619