EXCO

Negeri percepat projek tebatan banjir, jalin koordinasi bersama PBT, agensi

29 Jul 2025, 12:47 PM
Negeri percepat projek tebatan banjir, jalin koordinasi bersama PBT, agensi

SEPANG, 29 JULAI: Kerajaan Negeri menjalin koordinasi bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi terlibat bagi mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir terutama di kawasan titik panas.

EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim berkata tumpuan akan diberikan untuk mencari solusi melalui pelan konkrit bagi menangani segala isu yang memperlahankan pembinaan projek tebatan.

“Saya akan turun padang di seluruh PBT mengikut kedudukan kawasan kritikal bah. Ia bermula dari Klang, Shah Alam, Subang Jaya dan Kuala Selangor diikuti lapan PBT lagi menyusul.

“Kita telah turun padang di kawasan kritikal dengan mendapati keadaan jalan, longkang dan utiliti menjadi halangan kelancaran bina projek yang perlu peruntukan tambahan segera.

“Isu-isu ini telah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah meluluskan peruntukan diperlukan untuk langkah segera bagi mengatasi banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan serahan Projek stesen pam air Semenyih pakej D melalui inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Selangor di Jenderam Hilir di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri memperuntukkan hingga RM600 juta untuk pelaksanaan lebih 50 projek tebatan banjir yang sedang giat dilaksanakan di kawasan seperti Sijangkang , Kuala Selangor, Petaling dan Sepang.

“Kerajaan Persekutuan pula telah membelanjakan sebanyak RM3.5 bilion untuk projek tebatan berskala besar.

“Tumpuan pada masa kini pembinaan di Langat-Kajang fasa 2 dengan dana hingga RM600 juta dan permohonan telah dibuat buat di Sungai Buloh fasa 2 membabitkan peruntukan RM850 juta,” jelasnya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619