OLEH DEWI ABDUL RAHMAN
KUALA SELANGOR, 29 JULAI: Kepadatan penduduk yang tinggi dikenal pasti sebagai antara punca peningkatan kes jenayah di beberapa daerah utama Selangor seperti Kajang, Gombak dan Klang, kata Dato’ Menteri Besar.
Menurut Dato' Seri Amirudin Shari, jumlah penduduk yang besar dengan latar belakang berbeza-beza menuntut perhatian serius dalam aspek keselamatan awam dan pengurusan sosial.
“Data ini memang sentiasa berjalan, namun kita perlu teliti faktor-faktornya serta langkah susulan untuk mengatasinya.
"Kepadatan penduduk memang menjemput hal tersebut kerana kita menjemput orang daripada pelbagai ragam,” katanya.
[caption id="attachment_712956" align="aligncenter" width="712"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap merasmikan majlis penutup Pertandingan Kawad Kaki Beruniform Piala Dato' Menteri Besar Selangor di Universiti Selangor (Unisel), Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 29 Julai 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELNGOR[/caption]
Bagaimanapun, beliau menegaskan keadaan keselamatan di Selangor masih terkawal hasil kecekapan pasukan polis dalam menjalankan tugas mereka.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada anggota polis kerana walaupun berlaku jenayah, pihak berkuasa masih mampu mengawal kestabilan dan keamanan di Selangor,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala Dato’ Menteri Besar Selangor di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya, hari ini.
Dalam program bual bicara Agenda AWANI, malam tadi, bekas Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan Kajang, Gombak dan Klang merupakan tiga daerah tertinggi mencatatkan kes jenayah dalam kalangan 16 daerah di negeri ini dengan Kajang merekodkan jumlah tertinggi setakat ini.
[caption id="attachment_712957" align="aligncenter" width="695"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika hadir Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Kawad Kaki Beruniform Piala Dato' Menteri Besar Selangor di Universiti Selangor (Unisel), Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 29 Julai 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELNGOR[/caption]