AGENDA

Asean perlu fokus bina ekonomi lebih bersepadu, berdaya tahan - PM Anwar

29 Jul 2025, 10:06 AM
Asean perlu fokus bina ekonomi lebih bersepadu, berdaya tahan - PM Anwar

JAKARTA, 29 JULAI: Asean perlu menumpu ke arah membina ekonomi dalaman yang lebih bersepadu dan berdaya tahan dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global pada hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi ucapan dasar mengenai Asean yang disampaikan di acara Sekretariat Asean, di sini, pada Selasa, Anwar, yang juga pengerusi perkumpulan itu berkata rantau ini memiliki pasaran yang dinamik dan besar dengan kira-kira 660 juta populasi.

"Potensinya amat besar, tetapi untuk merealisasikan sepenuhnya, kita perlu mengecilkan jurang pembangunan sedia ada dan menjalin hubungan ekonomi yang lebih kukuh dan saksama merentas negara anggota," kata beliau.

Menurut Anwar, pada Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur, Asean sekali lagi akan menunjukkan komitmen bersama untuk menambah baik aliran barangan tanpa halangan di rantau ini.

“Melalui usaha untuk mengurangkan halangan tarif dan bukan tarif, kita mengambil langkah bermakna mewujudkan komuniti ekonomi Asean yang lebih lancar dan dinamik yang berfungsi untuk semua, bukan hanya untuk sesetengah pihak,” kata beliau.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619