ad
AGENDA

Selangor, KL antara kawasan terlibat amaran ribut petir hingga 6 petang

29 Jul 2025, 8:35 AM
Selangor, KL antara kawasan terlibat amaran ribut petir hingga 6 petang
Selangor, KL antara kawasan terlibat amaran ribut petir hingga 6 petang

SHAH ALAM, 29 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, yang dijangka berterusan sehingga jam 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia antara kawasan terlibat di Semenanjung ialah Perlis, Kedah (Langkawi), Perak (termasuk Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh), serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).

Amaran turut melibatkan Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Negeri Sembilan seperti Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.

Bagi Malaysia Timur, kawasan terjejas termasuk Limbang di Sarawak serta beberapa kawasan pedalaman di Sabah meliputi Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.