AGENDA

Konflik Thailand-Kemboja: Anwar tumpu penyelesaian, pastikan rantau Asean kekal stabil

29 Jul 2025, 5:51 AM
Konflik Thailand-Kemboja: Anwar tumpu penyelesaian, pastikan rantau Asean kekal stabil
Konflik Thailand-Kemboja: Anwar tumpu penyelesaian, pastikan rantau Asean kekal stabil

JAKARTA, 29 JUL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau hanya memfokuskan kepada penyelesaian berkaitan konflik Thailand dan Kemboja, bagi memastikan rantau Asean kekal stabil dan aman.

“Saya fokuskan kepada penyelesaian, itu yang saya sampaikan kepada China dan Amerika Syarikat.

“Saya buat panggilan (kepada) kedua-duanya (Perdana Menteri Kemboja dan Thailand) pada hari itu (24 Julai 2025) dan berlaku gencatan senjata.

“(Mereka) memerlukan waktu untuk tentera (berundur), namun keesokannya (25 Julai), berlaku lagi (konflik),” kata Anwar pada pertemuan bersama Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) serta pemimpin redaksi (pemred@ketua-ketua pengarang) Indonesia di sini hari ini.

[caption id="attachment_712778" align="aligncenter" width="725"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Manet (kiri) dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai (kanan) di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 28 Julai 2025. Mesyuarat itu diusahakan oleh Malaysia menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Asean. Foto BERNAMA[/caption]

Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas pelbagai spekulasi kononnya gencatan senjata itu berlaku berikutan tekanan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan isu tarif terhadap Kemboja dan Thailand.

Thailand dan Kemboja bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas pertemuan khas di Putrajaya, Malaysia semalam, dihadiri Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada pertemuan yang dipengerusikan Anwar.

Pertemuan khas itu mendapat liputan meluas seluruh dunia, termasuk media Indonesia, yang memuji peranan Anwar dalam merealisasikan gencatan senjata berkenaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619