ad
BERITA UTAMA

Laman Hijau Hidroponik inisiatif penduduk jimat belanja, subur semangat kejiranan

29 Jul 2025, 1:04 AM
Laman Hijau Hidroponik inisiatif penduduk jimat belanja, subur semangat kejiranan
Laman Hijau Hidroponik inisiatif penduduk jimat belanja, subur semangat kejiranan
Laman Hijau Hidroponik inisiatif penduduk jimat belanja, subur semangat kejiranan

Oleh Muhammad Haziq Roshidi

HULU SELANGOR, 29 JUL: Projek Laman Hijau Hidroponik 3.0, inisiatif penduduk Pangsapuri Sri Bakawali mengurangkan kos sara hidup mereka melalui penghasilan sayuran segar untuk kegunaan harian.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata hasil tanaman seperti bayam, sawi dan salad daripada kebun itu dimanfaatkan terus oleh penduduk, sekali gus menjimatkan perbelanjaan dapur.

“Dengan peruntukan RM60,000 menerusi Geran Sejahtera Madani, sistem hidroponik ini membolehkan proses penanaman dipercepatkan sekali gus meningkatkan hasil,” kata Julaihah Jamaludin di Majlis Perasmian Laman Hijau Hidroponik 3.0 di sini semalam.

[caption id="attachment_712832" align="aligncenter" width="699"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor Julaihah Jamaludin bergambar bersama penduduk Pangsapuri Sri Bakawali ketika merasmikan Laman Hijau Hidroponik 3.0 di pangsapuri berkenaan di Serendah, Hulu Selangor pada 28 Julai 2025. FOTO HAZIQ ROSHIDI/MEDIA SELANGOR.[/caption]

Beliau turut memuji kerjasama erat antara penduduk, Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang telah menggerakkan projek Laman Hijau sejak 2017 menerusi pembangunan Laman Hijau 1.0, 2.0 dan kini 3.0.

“MPHS sedia memberikan sokongan dari segi baja atau kepakaran teknikal agar projek ini dapat diteruskan ke fasa seterusnya,” katanya.

Tambah Julaihah, kebun komuniti bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan dapur, tetapi turut menjadi ruang interaksi positif dalam kalangan penduduk pelbagai lapisan usia.

[caption id="attachment_712833" align="aligncenter" width="715"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor Julaihah Jamaludin (empat, kiri) mendengar penjelasan mengenai proses tanaman sayur ketika merasmikan Laman Hijau Hidroponik 3.0 Pangsapuri Sri Bakawali di Serendah, Hulu Selangor pada 28 Julai 2025. FOTO HAZIQ ROSHIDI/MEDIA SELANGOR.[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.