AGENDA

Kanak-kanak dilapor hilang rupanya dibunuh, ditanam, bapa ditahan

28 Jul 2025, 3:10 PM
Kanak-kanak dilapor hilang rupanya dibunuh, ditanam, bapa ditahan

SEREMBAN, 28 JULAI: Polis menemukan mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang disyaki dibunuh sebelum ditanam di kawasan Rompin, Jempol di sini petang tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu kira-kira 4.30 petang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Johor Bahru pada 24 Julai lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta diklasifikasikan sebagai orang hilang.

“Susulan laporan kehilangan itu, polis Johor menahan lelaki dipercayai ayah kandung mangsa, berusia 36 tahun kira-kira 12 tengah hari pada tarikh sama (24 Julai) di Johor Bahru sebelum membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619