ad
ADN

Program ADN Muda: Peserta OKU penglihatan tidak sangka terpilih, peluang timba ilmu

28 Jul 2025, 9:47 AM
Program ADN Muda: Peserta OKU penglihatan tidak sangka terpilih, peluang timba ilmu
Program ADN Muda: Peserta OKU penglihatan tidak sangka terpilih, peluang timba ilmu
Program ADN Muda: Peserta OKU penglihatan tidak sangka terpilih, peluang timba ilmu
Program ADN Muda: Peserta OKU penglihatan tidak sangka terpilih, peluang timba ilmu
Program ADN Muda: Peserta OKU penglihatan tidak sangka terpilih, peluang timba ilmu
Program ADN Muda: Peserta OKU penglihatan tidak sangka terpilih, peluang timba ilmu

Oleh Ufairah Tarmidzi

SHAH ALAM, 28 JULAI: Program Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Selangor membuktikan prinsip keterangkuman dengan penyertaan pelbagai latar belakang termasuk peserta orang kurang upaya (OKU) untuk menyuarakan pandangan.

Muhammad Aliff Mohd Ghazali, 30, merupakan peserta OKU penglihatan pertama program ini mengakui minat dalam perbahasan sejak dibangku sekolah mendorongnya untuk menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai pembentukan dasar-dasar awam.

“Saya memang tidak menyangka kerana terpilih dalam pusingan akhir kerana saya tahu peluang untuk saya agak tipis dan perlu bersaing bersama 111 peserta lain dalam pusingan pertama sebelum ini.

[caption id="attachment_712753" align="aligncenter" width="686"] Peserta Program Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Selangor yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan Muhammad Aliff Mohd Ghazali ditemui pemberita di Wisma Dewan Negeri Selangor pada 28 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

“Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan daripada keluarga, saya mara ke pusingan ini. Walaupun saya mempunyai kekurangan tetapi saya mampu mengikuti setiap sesi dengan bantuan alat sokongan seperti telefon dan komputer melalui kaedah pendengaran,” katanya.

Disahkan menghidap Neuropati Optik Keturunan Leber (LHON) iaitu sejenis penyakit mata genetik yang menjejaskan penglihatan pada usia 23 tahun, beliau tidak pernah menjadikan kekurangan sebagai halangan, sebaliknya sebagai motivasi untuk membuktikan kemampuan dirinya.

[caption id="attachment_712754" align="aligncenter" width="686"] Peserta Program Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Selangor M. R. Yashini ditemui pemberita di Wisma Dewan Negeri Selangor pada 28 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Seorang lagi peserta, M. R. Yashini, 22, berkata program ini menjadi platform penting untuk belia tanpa latar belakang politik seperti dirinya untuk mencabar kebolehan dan meningkatkan keyakinan diri dalam merangka dan memperbaiki dasar untuk kebaikan bersama.

“Sebelum ini, saya terlibat dalam beberapa program dengan Majlis Belia Hindu Selangor (HYO Selangor) dan daripada itu, saya dimaklumkan tentang program ADN Muda Selangor 2025 ini.

“Saya bersyukur kerana keluarga turut memberi sokongan penuh walaupun kebiasaannya agak susah untuk anak perempuan seperti saya untuk menyertai program sebegini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Yashini turut menyifatkan program ini sebagai peluang berharga untuk belia menyuarakan pandangan mereka secara terbuka selain menekankan bahawa pengalaman dan pembelajaran diperoleh amat penting tidak kira menang atau kalah.

[caption id="attachment_712758" align="aligncenter" width="686"] Peserta Program Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Selangor Jason KNG Wei Liang ditemui pemberita di Wisma Dewan Negeri Selangor pada 28 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Manakala Jason KNG Wei Liang, 26, yang sebelum ini pernah menyertai Sidang Muda Pulau Pinang ketika menuntut di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) memuji usaha Kerajaan Negeri yang memberi ruang untuk anak muda menyumbang idea secara aktif.

“Program ini amat memberangsangkan khususnya kepada anak muda untuk menyuarakan pandangan dan bakat mereka apabila negara ketika ini juga dalam usaha memperkasa golongan belia seperti Undi 18.

“Saya juga menyifatkan diri sendiri sebagai seorang yang suka berkongsi pandangan terutamanya jika ia boleh membawa kepada penambahbaikan, justeru, ini adalah platform tepat untuk saya,” tambahnya.

Terdahulu, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Lau Weng San memaklumkan program ADN Muda Selangor 2025 terima 166 permohonan dengan penyertaan belia bawah 35 tahun meningkat kepada 84 peratus berbanding 73 peratus tahun lalu.

Penganjuran sejak 2013 merupakan program khas bawah Dewan Negeri Selangor bagi melahirkan belia berfikiran kritis khususnya terhadap polisi Kerajaan Negeri turut menawarkan piala pusingan iaitu Piala Tuan Speaker DNS kepada pembahas terbaik.

[caption id="attachment_712762" align="aligncenter" width="688"] Peserta Program Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Selangor mendengar taklimat di Wisma Dewan Negeri Selangor pada 28 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_712761" align="aligncenter" width="688"] Peserta Program Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Selangor mendengar taklimat di Wisma Dewan Negeri Selangor pada 28 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.