ad
BERITA UTAMA

Avocado enak dan berkhasiat, bantu lancar sistem penghadaman

28 Jul 2025, 2:00 AM
Avocado enak dan berkhasiat, bantu lancar sistem penghadaman
Avocado enak dan berkhasiat, bantu lancar sistem penghadaman
Avocado enak dan berkhasiat, bantu lancar sistem penghadaman
Avocado enak dan berkhasiat, bantu lancar sistem penghadaman
Avocado enak dan berkhasiat, bantu lancar sistem penghadaman
Avocado enak dan berkhasiat, bantu lancar sistem penghadaman
Avocado enak dan berkhasiat, bantu lancar sistem penghadaman
Avocado enak dan berkhasiat, bantu lancar sistem penghadaman

Avocado atau nama saintifiknya 'Persea Americana' kian popular dalam kalangan pengamal gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang.

Dengan tekstur lembut dan lemak berkrim, buah ini bukan sekadar enak tetapi kaya nutrisi menjadikannya pilihan utama dalam diet harian.

Ia juga tinggi zat seperti vitamin E, potassium dan asid lemak tidak tepu yang baik untuk jantung dan kulit.

Kandungan seratnya pula membantu melancarkan sistem penghadaman dan memberikan rasa kenyang lebih lama, sesuai untuk mereka yang mahu mengawal selera makan.

Bentuknya juga pelbagai. Ada bujur panjang dan bulat kecil, selain berkulit hijau, merah atau kuning.

Pengguna pula semakin kreatif dalam menikmati avocado. Ia bukan lagi sekadar dihiris mentah tetapi diolah dalam smoothie, pasta, roti lapis (sandwich) dan salad.

Permintaan tinggi terhadap buah tersebut turut membuka peluang kepada petani tempatan menanam baka sesuai dengan iklim di negara ini.

Selain beberapa ladang di Perak, Johor dan Sabah, tanaman ini juga diusahakan Ramli Abu Bakar, di Kampung Serigala, Kuala Kubu Bharu.

Wartawan NAZLI IBRAHIM menyenaraikan antara baka yang ditanam di kebun petani berusia 58 tahun itu termasuk dihasilkan Jabatan Pertanian Sabah. Foto oleh REMY ARIFIN.

QAV1

  •  dihasilkan Jabatan Pertanian Sabah

  •  bentuk bujur, besar dan berat 350-550 gram (g) sebiji

  •  kulit hijau tua masa muda, bertukar hijau kusam atau sedikit kekuningan bila masak

  •  isi kuning, halus, sedikit rasa manis, berkrim dan 'nutty' tetapi tidak kuat

  •  selain QAV1, Jabatan Pertanian Sabah juga hasilkan QAV2 dan QAV3

[caption id="attachment_712646" align="aligncenter" width="369"] Avocado QAV1[/caption]

TA21

  •  klon dibangunkan Mardi

  •  sederhana besar, anggaran 250-400g sebiji

  •  kulit warna hijau tua ketika matang dan permukaan agak kasar

  •  kulit tebal tetapi mudah dikupas apabila masak

  •  isi warna kuning keemasan hingga kuning kehijauan

  •  lemak, berkrim dan sedikit manis

Kendil

  •  saiz seperti tembikai susu

  •  kulit hijau cerah, mudah tanggal bila masak

  •  agak manis, sangat berlemak, tekstur halus

  •  asal Filipina hasil kacukan tempatan

[caption id="attachment_712648" align="aligncenter" width="393"] Avocado Kendil[/caption]

Aligator

  •  saiz besar dan panjang, boleh cecah 20-25 sentimeter (cm)

  •  kulit hijau cerah ke hijau tua dan licin

  •  isi kuning, tebal dan sedikit berserat

  •  tekstur agak kasar dan kurang lemak

[caption id="attachment_712645" align="aligncenter" width="381"] Avocado Aligator[/caption]

Yellow Vietnam

  •  bentuk bujur ke bulat

  •  saiz sederhana besar, berat boleh capai 700g sebiji

  •  kulit kuning dan licin

  •  isi kuning keemasan, tebal, hampir tiada serat

  •  rasa sederhana lemak, sedikit manis dengan tekstur halus

[caption id="attachment_712651" align="aligncenter" width="382"] Avocado Yellow Vietnam[/caption]

Roro Subaka

  •  bentuk lonjong, kulit hijau berkilat

  •  berat antara 700-900g

  •  isi kuning pekat, lembut, berkrim, sedikit manis

  •  baka asal Indonesia

Seedless

  •  bentuk lonjong, berat antara 250-600g

  •  kulit hijau pekat

  •  isi kuning, lembut, tidak berserat dan berair

  •  rasa lemak, berkrim, sedikit manis

[caption id="attachment_712650" align="aligncenter" width="375"] Avocado Seedless[/caption]

Namlong

  •  bentuk lonjong seperti buah terung

  •  berat boleh capai satu kilogram

  •  kulit hijau, licin masa muda

  •  isi tebal, padat, biji kecil, lemak berkrim dan sedikit manis

[caption id="attachment_712649" align="aligncenter" width="354"] Avocado Namlong[/caption]

Kelud

  •  bentuk bujur memanjang seperti buah mangga

  •  saiz boleh cecah 300g sebiji

  •  kulit hijau licin masa muda, jadi gelap bila masak

  •  isi lembut, lemak berkrim dan hampir tiada serat

  •  hasil kacukan tempatan Indonesia

[caption id="attachment_712647" align="aligncenter" width="539"] Avocado Kelud[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.