AGENDA

Atlet negara cipta kejutan, rangkul emas Kejohanan Boling Remaja Asia

27 Jul 2025, 1:02 PM
Atlet negara cipta kejutan, rangkul emas Kejohanan Boling Remaja Asia
Atlet negara cipta kejutan, rangkul emas Kejohanan Boling Remaja Asia

KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Atlet boling muda negara Qurratu’Ain Izdihar Mohd Pozi mencipta kejutan apabila menewaskan wakil China, Li Yiru dengan kelebihan hanya satu jatuhan pin untuk menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Remaja Asia ke-24 di Doha, Qatar hari ini.

Qurratu’Ain, yang mempamerkan aksi tenang dan konsisten sepanjang enam permainan, mencatatkan jumlah keseluruhan 1,239 jatuhan pin – satu mata mengatasi Li yang mengumpul 1,238 pin.

Pingat gangsa dimenangi pemain Taiwan, Ho Yi Qing yang meraih 1,205 pin.

Dua lagi wakil negara turut menunjukkan persembahan membanggakan apabila Adelia Nur Syazalee menamatkan saingan di tempat keempat dengan 1,197 pin, manakala Balqis Nurdhini Khairul berada di kedudukan kelima dengan 1,190 pin.

- BERNAMA

[caption id="attachment_712622" align="aligncenter" width="1135"] Atlet boling negara Qurratu’Ain Izdihar Mohd Pozi (tengah) menewaskan wakil China, Li Yiru dengan kelebihan hanya satu jatuhan pin untuk menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Remaja Asia ke-24 di Doha, Qatar pada 27 Julai 2025. Foto Facebook Bowling Malaysia[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619