AGENDA

Turkiye catat suhu tertinggi dalam sejarah, cecah 50.5 darjah Celsius

27 Jul 2025, 4:12 AM
Turkiye catat suhu tertinggi dalam sejarah, cecah 50.5 darjah Celsius

ISTANBUL, 27 JUL: Turkiye mencatatkan suhu tertinggi dalam sejarah iaitu 50.5 darjah Celsius (122.9°F) di daerah Silopi, wilayah Sirnak pada 25 Julai lalu, menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar, Pembandaran dan Perubahan Iklim pada Sabtu.

Data daripada Perkhidmatan Meteorologi Turkiye menunjukkan bahawa sebanyak 132 stesen cuaca di seluruh negara turut mencatatkan suhu tertinggi bagi Julai pada hari yang sama, lapor Anadolu Ajansi.

Rekod kebangsaan sebelum ini dicatatkan pada 15 Ogos 2023 di Sarıcakaya, wilayah Eskisehir, iaitu 49.5°C.

Beberapa daerah lain di tenggara Turkiye turut merekodkan suhu melebihi 49°C, antaranya 49.6°C di Kiziltepe (Mardin), 49.4°C di Cizre (Sirnak), 49.3°C di Nusaybin (Mardin), 49.1°C di Kurtalan (Siirt) dan 49.0°C di Ceylanpinar (Sanliurfa).

Pihak berkuasa memberi amaran kepada golongan berisiko tinggi seperti pesakit kronik, warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak agar mengelakkan aktiviti luar antara 11 pagi hingga 4 petang (0800GMT hingga 1300GMT) susulan risiko kesihatan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619