AGENDA

Piala Raja Thai: Benam India 2-0, Malaysia temu Thailand di final regu berpasukan

26 Jul 2025, 10:43 AM
Piala Raja Thai: Benam India 2-0, Malaysia temu Thailand di final regu berpasukan

KUALA LUMPUR, 26 JUL: Skuad sepak takraw negara menepati ramalan apabila mara ke pentas final acara regu berpasukan Kejohanan Piala Raja Thai 2025 selepas menundukkan India 2-0 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di pusat beli-belah Central Hatyai, Songkhla, hari ini.

Kejayaan itu memberi harapan baharu kepada skuad negara untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 34 tahun dalam acara berpasukan, dengan misi menewaskan musuh tradisi Thailand yang akan menjadi lawan di pentas final esok.

Pada saingan separuh akhir, regu pertama negara yang dibarisi pemain berpengalaman — Muhammad Syahir Mohd Rosdi, Farhan Adam dan Mohammad Azlan Alias — mempamerkan aksi meyakinkan apabila membuka tirai kemenangan dengan keputusan 2-0 (15-10, 15-11).

Momentum cemerlang itu diteruskan regu kedua, yang terdiri daripada Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Norfaizzul Abd Razak, yang menamatkan cabaran India menerusi kemenangan bergaya 2-0 (15-11, 15-8), sekali gus memastikan tiket ke final milik Malaysia.

Thailand terlebih dahulu mengesahkan kemaraan ke final selepas menewaskan Korea Selatan 2-0 dengan eputusan 15-8, 15-11 dan 15-8, 15-7.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619