ad
NASIONAL

Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 3 petang

26 Jul 2025, 4:42 AM
Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 3 petang

SHAH ALAM, 26 JUL: Tujuh daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 3 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama turut melanda Putrajaya dan seluruh Perlis selain beberapa kawasan di Kedah dan Johor.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.