ad
BERITA UTAMA

Barangan preloved simbol gaya moden, dari pakaian hingga perabot

26 Jul 2025, 2:00 AM
Barangan preloved simbol gaya moden, dari pakaian hingga perabot
Barangan preloved simbol gaya moden, dari pakaian hingga perabot
Barangan preloved simbol gaya moden, dari pakaian hingga perabot
Barangan preloved simbol gaya moden, dari pakaian hingga perabot
Barangan preloved simbol gaya moden, dari pakaian hingga perabot
Barangan preloved simbol gaya moden, dari pakaian hingga perabot

Seiring peredaran zaman, barangan terpakai atau lebih popular disebut 'preloved' kian mendapat tempat dalam hati pengguna.

Dulu dianggap tidak bernilai, kini barangan lama diberi 'nyawa kedua' apabila dijual semula kepada individu yang lebih memerlukan.

Sama ada pakaian, perabot, buku, alat elektrik mahupun barang kelengkapan bayi semuanya berpotensi menjana pendapatan sampingan.

Perkembangan ini bukan sekadar soal berjimat atau murah. Ia kini jadi simbol gaya hidup masyarakat moden yang mahu berbelanja bijak dan lebih lestari.

Lebih menarik, minat terhadap barangan terpakai ini merentasi generasi. Asalkan barang masih elok dan ada nilai guna, pasti ada pembelinya.

Selain menjimatkan belanja, langkah ini juga menyokong ekonomi kitaran dan memelihara alam sekitar.

Di Lembah Klang, pelbagai lokasi jualan 'preloved' tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Dari Kota Damansara ke Shah Alam hinggalah ke pusat beli-belah, ruang niaga ini menjadi medan pertemuan antara peniaga kecil dan pemburu barang istimewa.

Sempena Hari Pengguna Kebangsaan yang dirai pada 26 Julai setiap tahun, wartawan NADIAH ZAMLUS menyenaraikan beberapa lokasi yang menawarkan aktiviti tersebut. Inilah masanya, ubah barang lama jadi sumber baharu!

Car Boot Sales Kota Damansara

Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, Petaling Jaya

Setiap Ahad, 7 pagi-12 tengah hari

Salah satu lokasi paling meriah untuk jualan 'preloved'. Di sini, hanya barangan terpakai dibenarkan. Ribuan pengunjung mula menyerbu tapak niaga seawal jam 7.30 pagi, dengan harapan mendapatkan barangan serendah RM1. Dari pakaian ke permainan kanak-kanak, semuanya ada!

Walla! SS15 Car Boot Sale

Parkir kereta bertingkat, Jalan SS15, Subang Jaya

Sabtu dan Ahad, 9 pagi-3 petang

Berniaga tanpa risau hujan atau panas? Ini tempatnya. Dengan sewa tapak serendah RM25, anda bebas menjual pelbagai barangan termasuk pakaian, alat elektronik, makanan dan juga perkhidmatan cuci gambar. Lokasi ini menjadi tumpuan remaja dan anak muda yang gemarkan gaya santai dan mesra poket.

Car Boot Sales Shah Alam

Lotus Shah Alam, Seksyen 13

Sabtu dan Ahad, 4 petang-10 malam

Menjual waktu petang hingga malam, lokasi ini sesuai untuk anda yang ingin berniaga selepas waktu kerja. Dengan kadar sewa hanya RM20, anda boleh menjual barangan baharu mahupun lama. Maklumat lanjut di laman Facebook rasmi mereka.

Car Boot Sales pusat beli-belah SACC

Parkir terbuka pusat beli-belah SACC, Seksyen 14, Shah Alam

Sabtu dan Ahad, 4 petang-12 tengah malam

Mahu rasa suasana pasar malam moden? Cubalah berniaga di sini. Terletak betul-betul di pusat bandar, ia menghidupkan suasana hujung minggu di Shah Alam. Pelbagai barangan dijual dari koleksi vintaj sehinggalah barangan baharu. Untuk menyertai, ikuti akaun TikTok Chill Out Club dan tempah slot anda!

IPC Recycling & Buy-Back Centre (RBBC)

Parkir LG1, pusat beli-belah IPC

Setiap hari, 8 pagi-10 malam

Tak mahu berniaga tetapi anda masih boleh jana ganjaran dengan mengitar semula barangan seperti pakaian, kertas, tin dan banyak lagi. Hanya perlu muat turun aplikasi IPC, kemudian bawa barangan ke sana. Anda akan diberikan mata ganjaran untuk setiap barangan dikitar semula. Boleh ditebus untuk baucar, diskaun dan parkir percuma.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.