Tragedi lemas meragut kira-kira 270 nyawa setiap tahun di Malaysia, menjadikan air antara pembunuh senyap yang sering dipandang ringan masyarakat.
Walaupun banyak peringatan, insiden tragis ini tetap berlaku. Ia mencerminkan sikap sambil lewa terhadap risiko di kawasan berair.
Lemas tidak menunggu musim. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa.
Hakikatnya, satu saat leka sudah cukup untuk meragut nyawa. Air yang tenang boleh jadi perangkap maut.
Justeru, orang ramai perlu lebih peka dan berhati-hati ketika berada berhampiran air kerana keselamatan tidak boleh ditangguh walau sesaat.
Penolong Pengarang NUR AISHAH MOHD AMIN menyusun semula wawancara Bicara Semasa “Antara Peka dan Leka” bersama Ketua Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran Bomba, Penolong Pesuruhjaya Muhammadul Ihsan dan Penguasa Kanan II Ali Muhammad dari cawangan sama sempena Hari Pencegahan Lemas Sedunia pada 25 Julai.
[caption id="attachment_712315" align="alignnone" width="902"] Ketua Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohamadul Ehsan Mohd Zain (tengah) bersama Penguasa Kanan II Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Awam, Ali Mohamad (kanan) ketika program Bicara Semasa di Media Selangor pada 3 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Siapa paling ramai jadi mangsa?
1,359 kes lemas dari 2020–2024
89 peratus lelaki
umur 20–30 tahun paling tinggi
remaja atau lelaki muda berisiko tinggi
PENTINGNYA JAKET KESELAMATAN
risiko tetap ada walau atas bot jika jaket keselamatan tak disediakan
ramai tidak pakai jaket dengan betul
cuai sebab rasa “biasa je” dan anggap selamat
Abai tatacara keselamatan
kolam renang wajib ada penyelamat tapi pengawasan lemah
pandang remeh pemakaian jaket keselamatan
kanak-kanak main air tanpa pengawasan
remaja beriadah di sungai tanpa kawalan
amaran cuaca dan keadaan air sering diambil mudah
Cegah kejadian lemas
kerjasama bomba & NGO
Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia giat didik masyarakat
latihan mudah difahami, mesra rakyat
pendekatan kreatif, lebih dekat dengan rakyat
sinergi semua pihak dapat selamatkan nyawa
Kelab bomba di institusi pendidikan
Kelab Bomba Cilik (pra)
Bomba Junior & Kadet (sekolah)
Briged Bomba (universiti)
Bomba Komuniti di kawasan setempat
capaian perlu lebih menyeluruh