ad
EXCO

JER diselaraskan supaya lebih ramai rakyat terima manfaat program persekutuan, negeri

25 Jul 2025, 1:02 PM
JER diselaraskan supaya lebih ramai rakyat terima manfaat program persekutuan, negeri
JER diselaraskan supaya lebih ramai rakyat terima manfaat program persekutuan, negeri
JER diselaraskan supaya lebih ramai rakyat terima manfaat program persekutuan, negeri
JER diselaraskan supaya lebih ramai rakyat terima manfaat program persekutuan, negeri

Oleh: Dewi Abdul Rahman

SHAH ALAM, 25 JULAI: Penganjuran Jualan Ehsan Rahmah (JER) akan diteruskan seperti biasa dan tidak dikurangkan walaupun kerajaan persekutuan memperluas pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI dengan tambahan peruntukan RM300 juta.

EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim berkata pelaksanaan JER sebaliknya akan diselaraskan agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat, terutama akses kepada barangan keperluan asas pada harga berpatutan.

“Kita akan tengok pelaksanaan mereka (Program Rahmah MADANI) dan selaraskan. Tapi dari pihak negeri, usaha sedia ada tetap diteruskan kerana kita tahu lebih ramai rakyat akan mendapat faedah, sama ada daripada program kerajaan persekutuan atau negeri.

[caption id="attachment_712285" align="aligncenter" width="977"] EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim merasmikan majlis Peluncuran Produk Sejuk Beku Jenama Ehsan di Bangunan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Shah Alam pada 25 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Peningkatan kira-kira RM600 juta. Memang akan beri kesan kepada Selangor tapi kita akan selaraskan, bukan kita nak kurangkan tapi liputan lebih luas kepada rakyat. Saya rasa ini satu berita baik yang diumumkan perdana menteri," katanya ditemui selepas Majlis Peluncuran Produk Sejuk Beku Jenama Ehsan di Wisma PKPS di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan kerajaan mensasarkan pelaksanaan 20,000 siri Jualan Rahmah di seluruh negara merangkumi 222 kawasan Parlimen, lebih 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 40 zon di Wilayah Persekutuan.

Penambahbaikan program itu turut melibatkan perluasan jenis barangan asas mengikut keperluan dan musim, peningkatan kekerapan jualan, serta penyertaan lebih ramai rakan strategik.

[caption id="attachment_712287" align="aligncenter" width="1252"] EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim melihat produk sejuk beku ketika majlis Peluncuran Produk Sejuk Beku Jenama Ehsan di Bangunan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Shah Alam pada 25 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_712288" align="aligncenter" width="1189"] Maskot menunjukkan minyak masak keluaran Ehsan PKPS ketika majlis Peluncuran Produk Sejuk Beku Jenama Ehsan di Bangunan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Shah Alam pada 25 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.